Isnin, 31 Disember 2012

2013 Tahun Baru

Selamat datang 2013,
Kehadiran tahun baru di sambut tanpa diriku di sisi.

Selamat datang 2013,
Kehadiran tahun baru di sambut dengan Al-fatihah di pusara.

Selamat datang 2013,
Kehadiran tahun baru di sambut dengan doa lembaran hari baru.

Selamat datang 2013,
Kehadiran tahun baru di sambut tanpa keraian dalam keramaian.

Selamat datang 2013,
Kehadiran tahun baru bakal di sambut lagi dan meninggalkan kita dengan kenangan.

Sabtu, 22 Disember 2012

Serpihan Rasa Terdalam

Ingin di kongsikan bersama,

Pelbagai di antara puisi hatinya seakan di karya
oleh seseorang yang memiliki kuasa penyihir kata-kata
tiap patahnya terungkai dengan seribu satu emosi
membuat diri terpana dan kaku bersama penulisan bertemakan hidup seakan mahu mati dan meratap bersamanya
semahu esok hujan akan hadir tanpa pelangi,
matahari tanpa cahaya hanya sepi dan kian menyepi
takkan tiba berkunjung lagi.

#Motif:Moga di minati oleh anda juga,
jika sesiapa yg memiliki blog sendiri mohon di kongsi.

http://sehinggamusimberubah.blogspot.com

Selasa, 4 Disember 2012

Ya Allah

Tanpa Murtad
Izinkan aku ke syurga Mu
Aku ingin mati
Bebaskan ku pergi...

Isnin, 3 Disember 2012

Dalam Hati Ada Hujan

Aku memandang
Tidak berkata
Tanpa suara..

Kau sunyi
Ingin lari dan bersembunyi..
Senyuman mu itu menutup kepedihan hati..

Dalam sepi aku memerhati
Aku yg melihat dari sudut gelap ini..

Rajukmu ingin ku pujuk..
Harapanku
Agar kau mengerti..