Jika rindu telah memanggil mu
ke teratak sepi ini
mengertilah bahawa kau
begitu hampir dengan hatiku.
Setiap detak jantung berkumandang
Sehangat darahmu yang mengalir
aku yang di balik jendela ini
sedingin angin bertiup halus
menerjah ke pelusuk jiwamu yang hilang.
Seandainya kau gagal melupakan aku
ingatilah aku
sebagai insan yang kalah
kalah..
dalam perjuangan hidup mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan